Friday, January 28, 2011

Sambutan Tahun Baru Cina 2011

Sebuah program bersama penduduk akan diadakan bersempena sambutan Tahun Baru 2011.Semua penduduk  dijemput untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Majlis akan diadakan pada 12hb.Februari 2011

Bertempat di sepanjang Lorong Bu 1/8

Majlis akan berlangsung pada jam 7:45 mlm sehingga 10malam.

Kami mengalu-alukan sumbangan makanan kering seperti kuih muih dan minuman.Sila ajukan sumbangan anda  ke alamat no.10 Jalan Bu 1/4,Taman Bukit Utama.

Untuk sebarang pertanyaan sila rujuk ke no:- 0192578347,0192601964 atau email krtbu@yahoo.com

Kerjasama semua amatlah dihargai.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri




Sambutan Aidil Fitri adalah salah sebuah agenda yang kami adakan untuk mengeratkan tali silatulrahim bersama semua penduduk pelbagai kaum yang menetap disini.Dengan gandingan penduduk serta ahli majlis perbandaraan Ampang Jaya,majlis ini telah disambut dengan gembira tanpa mengiran kaum ,bangsa dan ugama.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran ahli Parlimen Encik Azmin.

Encik Megat Azhar selaku Pengerusi KRT Taman Bukit Utama & Laman Oakleaf mengucapkan terimakasih tak terhingga kepada semua penduduk dan ahli-ahli majlis yang telah meluangkan sedikit masa untuk menjayakan program bersama penduduk.

Ahli jawatan kuasa KRT Taman Bukit Utama & Laman Oakleaf

Penaung                      Datuk Kamarulzaman Darus PJN

Pengerusi                    Encik Megat Azhar

Naib Pengerusi            Mejar Suhaimi

Bendahari                    Encik Kamarul Hasan

Setiausaha                   Puan Nafsiah Daud

Pembantu Setiausaha    Tuan Haji Jamil

Ahli-Ahli Jawatankuasa    Puan Ronita
                                       Encik Alex Leong
                                       Encik Khairuli
                                       Encik Mohd Ishar
                                       Datin Norfadzilah Laili
                                       Encik Kumar
                                       Encik Megat Anuar
                                       Encik Razman
                                       Encik Fairuz
                                

Pengenalan Penubuhan KRT Taman Bukit Utama & Laman Oakleaf

KRT Taman Bukit Utama,Ampang (Bukit Antarabangsa) telah ditubuhkan pada tahun 2001 oleh En. Zaidi Adnan. Persatuan Penduduk Taman Bukit Utama telah ditubuhkan dengan kerjasama Rukun Tetangga..KRT telah ditubuhkan untuk memastikan kes samun dan pecah rumah yang kerap berlaku kebelakangan ini..Dengan adanya penyatuan semua penduduk kes-kes seumpama ini dapat dikurangkan.

Dengan adanya penubuhan Persatuan Penduduk ini,penduduk-penduduk akan dibekalkan informasi dari masa ke semasa mengenai keselamatan dan program-program yang dapat dimanfaatkan bersama penduduk.

Pada tahun 2010,Encik Zaidi Adnan telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi memandangkan beliau amat sibuk dengan tugasan di luar negara.Encik Megat Azhar ,naib pengerusi telah dilantik sebagai Pengerusi.